selamat hari raya!

salam..

di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih, kepada anda semua atas sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap karya Semusim Cinta saya. walaupun banyak kekurangan, lebih-lebih lagi ini kali pertama saya mengarang, namun respon yang saya peroleh cukup memberangsangkan.

dukacita saya maklumkan, bersempena dengan cuti hari raya ini, saya akan berehat sebentar, dan insyaAllah, Bab Lima akan diterbitkan pada minggu yang akan datang.

(wah dah mcm artis rase)

di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat, maaf dipinta zahir dan batin. halalkan makan minum kelakuan tutur kata, sesungguhnya saya hanyalah insan kerdil yang tidak lekang daripada membuat kesalahan. rebutlah peluang ini dengan meluangkan sedikit masa bersama ahli keluarga, hargai setiap saat bersama insan-insan yang tersayang.

hari raya tidak lengkap tanpa dendangan lagu raya. uji rashid, ahmad jais, nora dsb antara nama-nama yang sinonim dengan karya-karya mereka. mungkin tidak ramai yang mengenali insan yang bernama khairil johari johar, lagunya bertajuk sepasang kurung biru. lagu ini kali pertama saya dengar sekitar tiga tahun yang lalu, disyorkan oleh seorang teman baik saya. sehingga ke hari ini masih kekal di dalam senarai lagu-lagu raya kegemaran saya. selaku pengganti Semusim Cinta untuk minggu ini, sama-sama kita dengarkan :)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s