Semusim Cinta – Bab Tiga

“Tudiaa balik-balik cuti terus handset baruu!”
“Ala biasa-biasa je..”

Sebutir telefon bimbit LG berada di tangan Arman. Warnanya hitam, sama seperti telefon Arman yang sebelumnya. Namun kekunci nombor tidak kelihatan, yang ada cuma satu skrin bersaiz lima inci dan tiga butang di hadapannya. Teman serumahnya, Safee, sememangnya kecoh bila terpandang gajet-gajet terbaru.

“iPhone?”
“Eh takla, handset biasa je.”
“Laa awat hang tak beli iPhone terus?”
“Banyak duit aku. Ko nak belanja boleh jugak!”

Masing-masing tertawa.

Arman bukanlah seorang yang mengejar kemewahan. Memang, dia juga mempunyai minat terhadap gajet-gajet canggih, tetapi baginya cukup sekadar lebih canggih daripada model yang sebelumnya. Bimbang, takut pembelian peranti yang terkini membuatkan dia bermegah-megah dengan harta duniawi. Canggih sikit pun takpe, benda pun bukan tahan sampai bila-bila.

Keesokan harinya, Arman ke kelas seperti biasa. Namun, telefon bimbit itu tidak lekang daripada tangannya. Sebentar-sebentar sahaja dia bermain game, termasuklah pada waktu kelas, sehinggakan ditegur senseinya.

“Arman-san!”
“Ya, sensei!”
“Cepat ke depan, soalan nombor tiga. Apa kamu buat tu?”
“Err takde apapa, sensei!”

Arman cepat-cepat menyumbat handsetnya ke dalam kocek seluar, lalu bergegas ke hadapan bilik darjah.

Empat puluh minit berlalu, dan kelas pertama untuk hari tersebut pun selesai. Memang telah menjadi rutin bagi pelajar-pelajar KTJ setiap kali rehat antara dua kuliah untuk keluar dan mengambil angin di koridor bilik darjah, meregangkan otot-otot badan akibat duduk terlalu lama. Arman, seperti yang dijangka, kembali bermain dengan telefon bimbitnya itu.

“Baru eh?”

Arman mendongak. Sarah Rania berdiri di hadapannya, matanya menjeling ke arah peranti elektronik itu.

“Haha baru lah jugak, biasa-biasa je.”
Touchscreen?”
“A ah.”
“Ada lagu best tak?”
“Ada la sikit. Ha, lepas tu ada ni..”

Arman membuka permainan snakes and ladders. Gambar dua buah dadu tertera di skrin. Dia menggoncang handsetnya lalu membuat gaya seperti melambung sesuatu. Dadu-dadu itu turut sama bergoncang, sebelum menunjukkan nilai dan menggerakkan token di papan permainan tersebut.

“Wah! Nak try boleh?”
“Boleh je. Nah.”

Arman menghulurkan telefon bimbit itu kepada Sarah Rania. Gadis tersebut turut membuat pergerakan melambung dadu, berkali-kali dibuatnya. Amboi dia ni, tercampak jugak telefon tu kang.

“Ha, alang-alang dah pegang handset tu, save lah terus nombor telefon.”

Sarah Rania terhenti seketika. Dia memandang Arman sambil tersenyum.

“Pinjam kejap eh, nak copy lagu. Nanti saya bagi balik.”

***

Petang itu, Arman tidak keluar daripada biliknya. Tidak seperti hari-hari yang lain, yang mana dia akan keluar beriadah bersama rakan-rakannya. Badannya terasa letih. Lepak rumah layan lagu jelah. Dia mencapai telefon bimbitnya.

Sambil mendengar lagu, dia membelek-belek handset tersebut. Dia membuka permainan snakes and ladders, kemudian membuka aplikasi-aplikasi yang lain. Bosannya petang ni. Kacau orang lah. Arman meneliti contactsnya.

Rafiq..

Ran..

Safee..

Shah..

Pergerakannya terhenti. Dia kembali scroll ke atas. Ran? Hatinya berdebar. Call? Gila apa. Dia berfikir sejenak, kemudian mengarang SMS baru.

“Assalamualaikum.”

Minit-minit yang berlalu terasa sungguh lama. Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar. SMS tadi telahpun dibalas.

“Waalaikumsalam. Sape ni?”

Aikk? Cepat-cepat Arman membalas SMS tersebut.

“Ni Aman laa!”

“Ohh! Man rupanya.”

“Bagi jugak nombor eh?”

“Dah ada orang mintak, kita bagi jelah.”

“Haha camtu eh. Thanks lah ye, susah-susah je. Salam perkenalan :) “

“Takde pape lah. Terima kasih sebab bagi pinjam phone. Salam perkenalan jugak.”

Mata Arman terasa semakin berat. Rasa mengantuknya sudah tidak dapat dibendung lagi. Dalam telefon di genggamannya, Arman tertidur. Hatinya berbunga, yakin bahawa ini adalah permulaan kepada sesuatu yang indah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s