Semusim Cinta – Bab Satu

“Start minggu ni jadual baru ke?”

Arman tersentak. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah suara tersebut. Eh, tak pernah pun dia tegur aku selama ni. Seorang gadis melayu bertudung bawal coklat menyapanya, raut wajahnya jelas terpancar seribu satu persoalan.

“Err yelah kot, tadi kan sensei baru lekat kat papan kenyataan.”
“A ah ek. Ada perubahan ke dengan sebelum-sebelum ni?”
“Hmm takde sangat. Paling-paling pun kelas maths, dia tukar ke hari jumaat.”
“Oo yeke.. Okay mekasih!”

Gadis itu berlalu. Arman terpaku, masih tidak percaya bahawa perbualan tersebut benar-benar terjadi. Aku mimpi ke ni? Dia mencubit lengannya. Aduh! Pedih. Ini realiti, bukan mimpi mahupun angan-angan Mat Jenin. Arman kembali mengambil tempat duduknya. Dia menjeling ke arah gadis tersebut, gadis yang dia cuba kenali sejak mula-mula menjejakkan kaki ke UiTM dulu.

Sarah Rania. Pelajar tahun dua Kumpulan Teknikal Jepun (KTJ). Berasal dari Batu Pahat, Johor. Seorang yang pendiam, tidak gemar bergaul, seorang yang penuh misteri. Kali pertama Arman melihatnya adalah sewaktu hari sukan kira-kira tujuh bulan yang lalu. Sejak dari itu, hatinya diselubungi perasaan ingin tahu, ingin mengenali gadis tersebut secara lebih mendalam. Ya, gadis tersebut tidaklah secantik Kim Tae-yeon lagaknya, tidak juga selemah-lembut Siti Nurhaliza gamaknya, namun soal hati manusia tiada siapa yang boleh menjangka.

Dan kini, mereka berada di dalam satu kelas yang sama..

Seperti takdir telah menyatukan mereka berdua..

“Aman! Shukudai ko mana??”

Arman tersentak lagi. Dia memandang ke hadapan. Sham, rakan sekelasnya, mengibas-ngibaskan sehelai kertas bertulisan jepun ke arahnya. Shukudai, kerja rumah yang diberi kepada pelajar-pelajar KTJ akan dikumpul di atas meja guru setiap pagi sebelum kelas bermula, untuk dihantar kepada sensei-sensei yang berkenaan. Cepat-cepat Arman menyelongkar begnya, meneliti setiap ruang di antara buku latihannya, takut-takut terselit. Tiada. Mana pulak aku letak ehh? Alamak matilaa..

“Eh takpe lah Aman! Aku jumpa dah, ni haa. Sorry ehh nyusahkan ko pulak haha..”

Arman mengeluh, menarik nafas lega. Macam mana laa aku boleh lupa yang aku dah hantar. Dia menyusun kembali buku-bukunya di dalam beg. Dalam kekalutan itu, dia terpandang wajah Sarah Rania. Mata gadis itu tertumpu kepadanya, di bibirnya terukir satu senyuman.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s