permainan retro

salam. selamat malam.

ok kali ni nak tulih entry dlm bahasa pula, dgn secubit loghat utagha penambah perisa. tapi ambo i bukan orang utagha maka kalau ada silap kat mana2 tu hangpa tengok sblah mata jelah ya.

pembuka tirai entry kali ini, saya dengan sukacitanya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina buat rakan2 yg berbangsa cina sekalian. untunglah hangpa ada, dapat jugak kita2 bangsa lain di Malaysia tumpang sekaki dapat cuti dan makan limau. jinnian long dai lai huanle he fanrong. wo bushi wen ang baoluo, dan ruguo nimen yuanyi gei wo hen leyi jieshou. (ok hak tu saya guna Google Translate >.<)

BERBALIK eh sorry tercaps lock pula, bila masa ntah tertekan saya pun dak perasan. berbalik kepada topik asal kita iaitu permainan retro. kalau ikut kamus saya (bab malaih nak Google), “retro” ni maksudnya ala2 oldskool gitu. benda hak kita buat maybe masa kita kecik2 dulu. ada yang kategorikan congkak itu sebagai permainan retro. hak lain pulak mungkin kata “polis entep” atau terma hak betuinya police and thief. kalau budak2 era 90an, depa ni dah masuk zaman permulaan permainan2 video menjadi populer. ada hak main Super Nintendo Entertainment System (atau nama glamernya SNES), tak kurang juga hak main Sega Mega Drive II. saya sebut hak dua ni sebab bagi saya hak ni lah permainan retro.

SNES

kisah bermula.. semalam kalau dak silap. ada kawan saya post dekat Facebook permainan lumba kereta berkualiti 8 bit. kalau ada hak dak tau 8 bit ni jenih gambaq dia petak2, takdak curve bagai, apatah lagi three dimension. game tu mudah, bawak keta laju2 janji jangan langgaq kenderaan len. saya ingat game tu saya men dekat SNES tapi dah tak ingat bila, umoq 3, 4 tahun agaknya. hinguih pun mak tolong lap lagi. tapi masa tu hak tu la antara game paling shok.

Road Warrior. dak pernah menang.

naik sket beberapa tahun, permainan video pun dah upgrade. la tu takdak dah 8 bit, kena up sket jadi 16 bit! haa. gambo petak2 lagi, tapi tambah lawo banding ngan hak sblum tu. nampok kemaih dah sket. masa main pun dah tak berapa ada lag dah. zaman ni shok main Sonic The Hedgehog. kalau main dengan sahabat main Contra, pasai kalau main sorang konfem cepat mati. antara banyak2 permainan video saya rasa era ni hak bagi aku paling shok. dia tak huduh sangat, tak jugak canggih manggih dengan graphics bagai. orang putih kata simple and sweet. lepaih tu baru la muncul era penghapusan tape, ganti dengan compact disc. seingat saya Sony Playstation hak first guna CD. dak tau kalau ada hak len. lepaih tu la muncul PS One, PS2, PS2 slim apo bagai saaampai lah sekarang kalau duk borak pasai console tak lain hak dominan PS3 dengan Xbox.

mungkin kita pernah borak2 dengan mak ayah pakcik makcik atuk nenek kita pasai permainan2 ni. biasanya depa pun mula lah shok cerita main bina rumoh la, masak2 la, buat layang2 bagai. kita pun kadang2 dengaq kita rasa “alahh duk stat cerita pasai kisah silam depa dahh, apa hak shok sangat ishh”. tapi bila kita sendiri dah besar dah kira layak nak berumahtangga punya umoq ni, kita terkenang balik permainan2 hak kita main dulu, kita rasa shok, sebab kita memang shok masa main permainan2 ni. kita pun rasa macam nak ceghita ja kat anak2 buah kita (dah anak sendiri takdak lagi) pasai benda2 ni. masa tu barulah kita faham macamana mak ayah kita rasa masa depa duk shok cerita kisah silam depa, sampai terkadang tu depa siap susah payah buat layang2 contohnya, nak bagi kita main, bagi kita rasa apa yang depa rasa dulu :)

penutup kata (aku tau hangpa pun dah penat baca, aku pun malaih dah nak tulih. taktau nak tulih apa pun lagi haha), siang tadi aku cuba carik game2 hak lama2 ni, alih2 jumpa! dapat la main dua tiga game hak dah berzaman dah tak men, tp mungkin sebab faktor usia main kejap ja dah rasa bosan. andai kata panjang umur murah rezeki, dah ada anak nanti boleh la bagi depa plak try main. tu pun kalau depa berminat haha

main Mega Bomberman siang tadi. shok tak terkata :D

ps kalau hangpa berminat boleh mai download kat sini.

ws

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s